Beberapa hari lepas, masa aku tengah jawab soalan Biologos paper 1, sebab dah abeh jawab, masa tak abeh-abeh lagi, fikiran menerawang bila nampak pensel orang sebelah aku(dasyat penyakit daydreaming aku ni).
Masa tu darjah dua. Eh, tiga kut. Ntah, mungkin satu.
Masa tu, aku sebut macam ni, PENSEL DOBI.
Sepanjang hidup aku masa kecik-kecik tu aku dok pikiaq, kenapa pensel tu orang panggil dobi?
Ada kaitan dengan membasuh baju ka?
Kenapa dobi?
Orang kat kedai dobi buleh pakai pensel tu ja ka?
Dah naik darjah 4 baru aku tau.
Pensel 2B lah. Dua B. Terasa stupid.
Nak kata aku buta English, tadika lagi aku dah reti baca omputih(aiceyy.ngaa). Baca ja ha..bukan cakap. Cakap setakat "No, Sam, No!" tak pun "Yes, Tom, Yes!" tu buleh la.
ni, pensel ni.
Nak jadi cerita lagi punya stupid, jiran aku nak pinjam pensel Dobi.
Jiran aku sama umur ngan achik aku. Kak Syikin nama dia.Dia nak isi borang apa ntah.
Dengan selamber saja aku cakap "takdak".
Mak aku kebetulan ada kat situ.
Mak: Mana pi pensel kamu? Mak dah beli satu kotak kan?
Aku: Ada.
Mak: Abeh tu, awata tak bagi Kak Syikin pinjam? Bagi hilang semua ka? Ka sedekah kat kawan?
Aku: Mana ada pensel Dobi. Mak beli pensel Dolphin.
!!$#!$!$@$@%#%
Mak dengan Achik gelak gila kat aku.
Aku masih terpinga-pinga. Apa yang salahnya? Awat depa gelak?
Dahla tu, kejamnya depa, tak explain kat aku pon.
Sampaila darjah 4 aku tau sendiri.
@#^%#^
Argh! Terasa stupid selama beberapa tahun.
Pensel kuning tu, nama dia adalah pensel DOBI.
Pensel Dobi tu merujuk kepada pensel kuning tu.
Kendian, aku gelak sorang-sorang masa buat exam tu.
heh? tak betul dia ni.
perrr comel ang waktu kecik2 dlu.hahah
ReplyDeletetp yg xleh tahan tu, waktu exam ang g bwat time travel 10taun lalu tu..terel!
=_=
ReplyDeletetravel-travel pada waktu tak sepatutnya memang kepakaran aku.