Dont Get Lost In Heaven

So pick up yourself,
It's a brand new day.

Tuesday, December 21, 2010

Rebel Dia Ni

Kecik tapi bising.





Comel tapi rebel.


Rebel kan rambut dia?




Boleh-boleh nak lawan graviti.


Ok dah.
Jangan tanya dia buat apa.

Sunday, December 19, 2010

Vila Cinta Luka

Cinta datang
Cinta pergi
Cinta lama
bersimpul mati

Walau dibelai
Walau dimanja
Datangnya badai
geringlah jiwa

Saturday, December 18, 2010

Sakit Hati Ini

Sakit Ati bila tgk buku tak berbalut.

Sakit hati bila tengok buku baru tak berbalut.
Rasa macam nak balut buku tu kat situ jugak.

Sakit hati bila tgk buku lama dah buruk sebab tak berbalut.
Rasa macam nak maki pemiliknya,
atau orang yang bertanggungjawab.

Buku tu bawak ilmu weih!
Benda mudah2 macam ni kadang2 orang terlepas pandang.
Jangan kedekut ilmu.
Kalau boleh kongsi sampai kau dah mati.

Buku komik picisan pun, buku jugak kan?

Ilmu tetap ada walau sikit.

Assalamualaikum.

Wednesday, December 15, 2010

Dah Pandai Main Saham Ya

Bukan aku. Dia dan dia. Aku tolong usha2 ja kot2 harga naik tinggi. Ya, dah pandai skit2.

Friday, December 10, 2010

Evil Dr Lintah

Sebab aku geli, aku kata lintah tu jahat.

Ni dalam fikiran aku.






Keja dia isap darah.



geli dowh.ok, kat atas tu aku yg lelebih. 


lintah vertical view



lintah horizontal view

 mulut dia.urgh




heroin! bunuh Evil Dr Lintah




 Kami tabuq garam.hahahaha



Thursday, December 9, 2010

Childhood

Reblog from

"ceritera dahulu dan sekarang

kita main lumba basikal keliling rumah, diorang main MotoGP kt komputer
kita main rounders kt padang, diorang main baseball kt wii
kita main bola kt padang, diorang main PES/Winning Eleven kt Playstation
kita main polis sentri (xtau ejaan sbnar) kt lorong rumah, diorang main counter-strike kt cc

kanak-kanak dulu tak sama dgn sekarang

dulu waktu makan mesti takde kat rumah, sekarang waktu makan mesti ada kt rumah punyalah
dulu kita pusing2 taman takde hal, sekarang diorang jalan sampai hujung lorong dah kena marah
dulu petang2 punya la meriah kat depan rumah tu, sekarang dah sunyi takde orang
dulu slalu kena marah sebab asyik keluar rumah, sekarang tertanya-tanya kenapa takde kawan

kanak-kanak dulu tak sama dgn sekarang


jangan salahkan teknologi

salahkanlah penculik
salahkanlah perogol
salahkanlah stranger (sama la tu)
salahkanlah pesalah itu! (???)


karut-karut pun ada jugak betulnya, tak gitu?
Assalamualaikum~"


setuju ke????
aku stuju!

Bodoh.

Takde. Aku bukan carut kat spe2.

Cita Aku Tak Bodoh tu sgt best.

Para ibu bapa patut tgk.

Para anak-anak patut tgk.

Para guru patut tgk.

Tapi aku rasa ada benda yg depa trtinggal la.

Part cikgu dia (dlm cita ni, jalalludin hassan) encourage budak2 kelas dia ada peningkatan, guna 'kunci;.

Ada ka? Ka aku yg xprasan.

Awat aku ckap ada tertinggai? Laa..cita tu adaptasi dari filem Singapore.

I Not Stupid Too.

Best sgt2!

Cita Singapore tu, ada dua, I Not Stupid  dgn I Not Stupid Too.

Aku rasa, dua kita ptt tgk.

Angpa carila. BEST! Msg dia sarat dan sampai.

Friday, December 3, 2010

Got To Live Like We're Dying

Since I get back for my semester holiday, I have a strange energetic & passionate feeling that I wanted to try everything.

I wanted to learn basic cooking for living. Not a special complicated dish that we only eat at special occasion.

I wanted to wear everything on my wardrobe. Since I thought that I don't have any decent cloth,but I actually have A LOT. Plus, there's plenty I haven't wear yet.

I wanted to do all the household chores. Pretending to be a gadget-techs-full time-housewife that still studying from home.

I wanted to try a roller coaster. I'll do this in January, physics trip with college-mate.*oh please pray for me*

Erm. what else?

Suara Hati Kami

Para senior mesti lega walau ada sedih sket xdapat beraksi di atas pentas.

Tuesday, November 30, 2010

5 out of 5 (edit)

Syukur.

Tapi perasaan aku taklah sebahagia yang kau sangka.

Syarat yang diminta kelihatan tidak begitu payah untuk dipenuhi.

"Alah, small matter!"

Tapi aku?

Ya, mungkin aku sedikit sebanyak termotivasi juga apabila syarat yang ditetapkan agak realistik bagi aku.

Namun, keputusan semester ini dan progres aku sepanjang pengajian membuat aku menung panjang.

Mampukah aku?

Aku malas.

Untuk berubah menjadi rajin, itu satu azab walaupun aku tahu hasilnya manis.

Tapi proses itu..ah!

Tapi tolong, tolong jangan ucapkan aku barang tahniah atau apa.

Juga jangan beri aku harapan tinggi seperti, "Ala,kau boleh capai punya!"

Tolong! Jangan..

Kau hanya akan menambahkan gusar aku atau menambah beban aku atau menambah rasa terlalu yakin aku.

Yang mana, kesemuanya tak bagus untuk aku.

Benarkan aku hadapi dan mungkin atasi konflik diri aku ini.

Aku tak mahu personaliti dan kualiti aku terhilang seperti perempuan itu.

Aku masih mahu menjadi aku tapi dengan ekstra kualiti.

Boleh kan?

Jadi inilah 'Conditional Offer' yang aku dapat(harap maklum,susunan tidak mengikut 'ranking'):

1. Aberystwyth  University           - ABC
2. University of Sussex, Brighton  - BBB
3. University of Kent                    - ABB
4. University of Nottingham          - ABB
5. University of Leeds                  -ABB

Monday, November 29, 2010

Oh Sangat Melodramatik.

Suri rumah sepenuh masa dalam 2 hari ni.

Sambil dengar lagu Titanic.

Korang boleh imajin?

Sunday, November 28, 2010

Back In LA

Outstation sebulan. Aku dah balik LA skang. pasni nak wat post byk2.

Friday, November 5, 2010

Al-Fatihah.

Semoga roh kau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,kawan.

Mohd Syazwan Asyraf. Aku hampir-hampir tak percaya waktu aku dapat berita tentang kau.
Aku pkir, ah, main2 saja. Tapi selepas kupikir semula, mana ada orang main2 pasal hidup mati.
Waktu itu, aku terkedu.
Lama juga masa aku ambil untuk hadam berita yang baru memukul gegendang telinga aku.
Dunia macam kelam. Betul ke kawan aku yang suka cari pasal ngan aku tu dah takda dalam dunia?
Tapi Tasha Hudson cakap kat aku, "Tuhan sayang dia, Laila, Tuhan sayang dia dari kita."
Ada betulnya.
Memori dalam kelas IELTS bermain-main dalam ingatan.
Oh, sangat banyak. Mana mampu aku lupakan.
Mana mampu Dale dan Zue Ika lupakan.
Sayangnya,memori hari-hari terakhir dalam kelas aku dengan kau, semacam pudar.
Hari-hari terakhir itu, kita kurang interaksi.
Oh,takdir.
Hari marathon, kau lintasi aku.
Sungguh semangat aku kira, aku tegur, "Hey, Syazzy!".
Tapi kau sumbat telinga dengan lagu. Sayangnya kau tak dengar, langsung tak menoleh.
Kemudian, kau jatuh. Sejak hari itu, kau tak sedar diri.
Sungguh, aku tak tahu bila interaksi terakhir dengan kau,interaksi yang kau juga terlibat.
Bukan interaksi satu hala.
Dihospital, aku sedih sekali melihat keluarga kau.
Aku cuba yakinkan kau supaya pulang ke sini, semua tunggu.
Aku nak tanya, kau merajuk dengan dunia kah?
Tapi aku tak mampu, aku hanya mampu tutur," Balik,Syazwan, Balik tau."
Rupa-rupanya, Tuhan sayang kau kawan. Tuhan nak ambil kau.
Pertemuan 1 minit tu rupanya pertemuan kita yang terakhir.
Amanlah kau disana kawan.


Kita juga tak sempat bergambar bersama. Lihat,bukti, aku takde gambar proper kau. Suma gambar yang tak sesuai dibuat profile picture kat fb. Maaf kawan.

Tapi kawan,aku redha kau pergi. Semoga kau aman di sana.

Sunday, October 24, 2010

Kawan..Balik Sini Ya?

Hari Ahad baru aku rasa. Sakit,perit sakit urat. Aku rasa, ni lah apa yang orang tua-tua rasa kalau depa cakap depa sakit urat tu. Start dari pinggang sampai ke bawah, urat aku sakit. Bukan otot, tapi urat. Ya, aku yakin.

Kalau aku berdiri, nak duduk sakit. Kalau duduk, nak berdiri sakit. Kakak aku yang mengandung cakap, " Sapa yang mengandung ni?". Mungkin selama ni, aku manjakan sangat badan. Mungkin. Mungkin juga aku terlalu push badan aku. Mungkin. Semua gara-gara marathon 7.2 km? Tak. Salah aku kot. Tak cool down. Kalau Tasya Hudson tawu aku tak cool down ni, mesti aku dah kena bebel.

Bila aku rasa nak mengeluh atau nak ngada-ngada bising sana-sini aku sakit ni, aku teringat Syazwan, terus tak jadi. Apa yang aku alami takleh nak banding ngan kau kawan. Jatuh, pengsan masa marathon yang dah nak dekat sampai garisan penamat. Siyes kawan, aku lalu sebelah kau, aku tak kenal kau, plus ramai2 orang dah keliling kau. Bila aku dah sampai, baru aku tawu itu kau. Kawan, balik sini lagi ya? Aku nak gadoh lagi ngan kau dalam kelas IELTS. Bila malam baru aku dgr update kau, kawan, dengan multiple organ failure segala, aku tak tawu benda apa tu, tapi aku assume tak best sebab kau kat ICU mesti pakai mesin-mesin,tiub-tiub segala. *Ya Allah, selamatkan kawan aku, Muhammad Syazwan Asyraf. Amin.*  Hey, kawan, dengar ni, balik ya!

Tuhan,tolong selamatkan kawan aku ya?

Sunday, October 17, 2010

Saturday, October 16, 2010

Are We The Last Living Soul?

Are we the last to get away to some another day?
Do we know
Well, we know
Doesn't seem to be complete

Tuesday, October 12, 2010

Situasi-situasi Yang Aku Tak Suka Perempuan 1

( post awal-awal lagi dah letak benda2 negative.haish...)

Situasi 1:
Tengok Cita Hantu/Seram Kat Panggung Wayang
-Sora korang jerit lgi kuat dari heroin(perempuan lagi) dalam cita tu jerit. Aku bayar duit entrance untuk dgr korang jerit kah???
--Pengecualian: Aku tak jerit dalam panggung wayang wokeh! Untuk yang satu spesis ngan aku, keep it up! Untuk yang spesis satu lagi, korang jangan ajak aku tgk cita seram wokeh. Wall E xpa, sbb tak dak bnda boleh nk jerit.

Situasi 2:
Beratur di Dining Hall Bahagian hat Ramai Perempuan.
-LEMBAB yang amat. Kenapa? Memilih? Aku pon pilih gak weyh,boleh ja laju. Dahla barisan panjang yang amat. Kalo xdak org kat blakang korang, takpala nak pilih smpai dining hall tutup pon.
--Aku lapaq + nak kejaq masa. Tolong laju skit boleh??

bersambung..

Sunday, October 10, 2010

START IT ALL OVER AGAIN

POST PERTAMA
tapi bukan blog pertama.
Entah.kepuasan berblog belum dicapai.
Baru nak ala-ala nak 'feymes' dah tukar alamat.
Bukan.aku tak kejar 'feymes' tu.
Kepuasan ber'blog' belum terasa.
Ini alternatif aku.
Harap berjalan lancar.
Amin.