Syukur.
Tapi perasaan aku taklah sebahagia yang kau sangka.
Syarat yang diminta kelihatan tidak begitu payah untuk dipenuhi.
"Alah, small matter!"
Tapi aku?
Ya, mungkin aku sedikit sebanyak termotivasi juga apabila syarat yang ditetapkan agak realistik bagi aku.
Namun, keputusan semester ini dan progres aku sepanjang pengajian membuat aku menung panjang.
Mampukah aku?
Aku malas.
Untuk berubah menjadi rajin, itu satu azab walaupun aku tahu hasilnya manis.
Tapi proses itu..ah!
Tapi tolong, tolong jangan ucapkan aku barang tahniah atau apa.
Juga jangan beri aku harapan tinggi seperti, "Ala,kau boleh capai punya!"
Tolong! Jangan..
Kau hanya akan menambahkan gusar aku atau menambah beban aku atau menambah rasa terlalu yakin aku.
Yang mana, kesemuanya tak bagus untuk aku.
Benarkan aku hadapi dan mungkin atasi konflik diri aku ini.
Aku tak mahu personaliti dan kualiti aku terhilang seperti perempuan itu.
Aku masih mahu menjadi aku tapi dengan ekstra kualiti.
Boleh kan?
Jadi inilah 'Conditional Offer' yang aku dapat(harap maklum,susunan tidak mengikut 'ranking'):
1. Aberystwyth University - ABC
2. University of Sussex, Brighton - BBB
3. University of Kent - ABB
4. University of Nottingham - ABB
5. University of Leeds -ABB

No comments:
Post a Comment