Dont Get Lost In Heaven

So pick up yourself,
It's a brand new day.

Friday, November 5, 2010

Al-Fatihah.

Semoga roh kau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,kawan.

Mohd Syazwan Asyraf. Aku hampir-hampir tak percaya waktu aku dapat berita tentang kau.
Aku pkir, ah, main2 saja. Tapi selepas kupikir semula, mana ada orang main2 pasal hidup mati.
Waktu itu, aku terkedu.
Lama juga masa aku ambil untuk hadam berita yang baru memukul gegendang telinga aku.
Dunia macam kelam. Betul ke kawan aku yang suka cari pasal ngan aku tu dah takda dalam dunia?
Tapi Tasha Hudson cakap kat aku, "Tuhan sayang dia, Laila, Tuhan sayang dia dari kita."
Ada betulnya.
Memori dalam kelas IELTS bermain-main dalam ingatan.
Oh, sangat banyak. Mana mampu aku lupakan.
Mana mampu Dale dan Zue Ika lupakan.
Sayangnya,memori hari-hari terakhir dalam kelas aku dengan kau, semacam pudar.
Hari-hari terakhir itu, kita kurang interaksi.
Oh,takdir.
Hari marathon, kau lintasi aku.
Sungguh semangat aku kira, aku tegur, "Hey, Syazzy!".
Tapi kau sumbat telinga dengan lagu. Sayangnya kau tak dengar, langsung tak menoleh.
Kemudian, kau jatuh. Sejak hari itu, kau tak sedar diri.
Sungguh, aku tak tahu bila interaksi terakhir dengan kau,interaksi yang kau juga terlibat.
Bukan interaksi satu hala.
Dihospital, aku sedih sekali melihat keluarga kau.
Aku cuba yakinkan kau supaya pulang ke sini, semua tunggu.
Aku nak tanya, kau merajuk dengan dunia kah?
Tapi aku tak mampu, aku hanya mampu tutur," Balik,Syazwan, Balik tau."
Rupa-rupanya, Tuhan sayang kau kawan. Tuhan nak ambil kau.
Pertemuan 1 minit tu rupanya pertemuan kita yang terakhir.
Amanlah kau disana kawan.


Kita juga tak sempat bergambar bersama. Lihat,bukti, aku takde gambar proper kau. Suma gambar yang tak sesuai dibuat profile picture kat fb. Maaf kawan.

Tapi kawan,aku redha kau pergi. Semoga kau aman di sana.

1 comment: